Kerjaya kelab Jeremain Lens

AZ

Lens membuat debut profesional ketika musim 2005-06. Beliau hanya bermain dua perlawanan untuk AZ Alkmaar ketika musim itu. Sebelum beliau bermain pada kelab remaja AZ, beliau telah ke FC Omniworld dan Ajax Amsterdam.

Pada Jun 2007, Lens dipinjam ke kelab NEC pada musim panas 2007. Lens berjaya mejaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan. NEC juga berjaya layak ke Piala UEFA.

Ketika jurulatih Louis van Gaal meninggalkan AZ untuk ke Bayern Munich, Lens menerima banyak peluang untuk bermain. Beliau diberi peluang bermain ketika di bawah jurulatih baru.

PSV

Pada 21 Mei 2010, Lens menandatangani kontrak empat tahun bersama PSV Eindhoven. Beliau diberi jersi nombor 9. Beliau telah menjaringkan tiga gol daripada 11 perlawanan di Liga Europa. Beliau menjaringkan 11 gol daripada 33 perlawanan liga. Ketika permulaan musim 2011-12, beliau menukar jersi 11. Pada 6 November 2011 ketika menentang Heracles, beliau menjaringka hatrik pertama untuk kelab.

Dynamo Kiev

Pada 18 Jun 2013, Lens menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Ukraine, FC Dynamo Kiev.[2] Pada 29 Ogos 2013, Lens menjaringkan gol pertamanya untuk Dynamo ketika menang 5-1 ke atas FC Aktobe pada perlawanan play-off Liga Europa. Pada 6 Oktober, Lens menjaringkan dua gol pertamanya di liga ketika menang 9-1 ke atas FC Metalurh Donetsk.